Showing posts with label Recipe. Show all posts
Showing posts with label Recipe. Show all posts

Monday, November 7, 2011

Bread Pudding

The recipe I got somewhere from other bloggers BUT only manage to bake the bread pudding tonight. Not so much thing to do so I give it a try. Just change the corn flour with Custard and use some fresh grapes.

Bahan-bahan :
8-10 keping roti(bergantung kepada ketebalan roti)
500 ml susu segar/susu cair/campuran kedua jenis susu
4 TBSP gula halus
2 TBSP mentega/majerin
1 tsp asen vanilla
2 biji telur
1 TBSP tepung jagung
Sedikit jem(apa-apa perisa)
Kismis
Cara :
1. Ambil beberapa keping roti dan sapu dengan jem permukaannya dan susun di dasar bekas/ loyang.

2. Lebihan roti yang tinggal, dikoyak-koyakkan dan rendamkan ke dalam susu. Ketepikan.
3. Dalam satu bekas lain, masukkan mentega dan gula. Pukul sikit dengan ballon wisk hingga sebati.
4. Masukkan asen vanilla. Kacau rata.
5. Masukkan telur dan pukul rata dengan ballon wisk tadi hingga sebati.
6. Masukkan pula tepung jagung dan kacau rata.
7. Campurkan adunan mentega dengan adunan roti yang direndam di dalam susu tadi. Kacau rata.
8. Masukkan pula kismis dalam adunan. Banyak kismis yang ingin digunakan bergantung kepada kehendak masing-masing. Gaul rata.
9. Tuang rata adunan ke atas roti yang disapu jem tadi. Taburkan sedikit kismis sebagai hiasan. Biar seketika(dalam 5 minit) supaya susu meresap ke dalam lapisan roti yang di bawah.

10. Bakar dalam oven pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.

Thursday, October 20, 2011

My Simple Lasagna


I made this dishes by referring a bit from the recipe below (http://www.myresipi.com) but I done it based on my own preferences. I like to make any recipes simplest possible yet delicious and normally I only put half of the ingredients. To those who still in learning process to master the kitchen do visit the website. Lot of tips and review on the recipe posted.
Bahan2
300g daging cincang (lagi senang kalau guna daging burger sebab berperisa)
1 botol prego (yang kecil)
2-3 batang celery
cendawan butang (sebanyak yang suka)
2 biji tomato (potong dadu)
1 biji lobak merah (dihiris halus)
1-2 sudu besar cili boh (kalau suka pedas)
2-3 ulas bawang merah (cincang halus)
2-3 ulas bawang putih (cincang halus)
Sedikit lada sulah
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Sekotak Instant Lasagna (tambah lagi sekiranya pakai dulang caserole besar - tak perlu direbus dahulu)
3 cawan air (boleh tambah sekiranya tak cukup)
2 sudu besar mentega
4 sudu besar tepung gandum - boleh tambah kalau nak likatkan kuah
1 peket Cheddar cheese (115g) - apa-apa jenama pun boleh. Mozarella pun boleh, tapi Cheddar/cream cheese senang cair untuk buat cheese sauce tu. Mozarella sesuai untuk tabur kemudian.
1-2 cawan susu segar (yang dalam kotak/botol tu - boleh tambah kalau suka cheese sauce cair)
Sedikit garam dan lada hitam/sulah untuk perasa
(Boleh tambahkan sayur-sayuran lain seperti capsicum, broccoli dll kalau nak)
Boleh juga masukkan chicken cubes untuk perasa tambahan